Saturday, May 19, 2012

20 Mei 2012 - Majlis Derma Darah di SMK. Tengku Ampuan Intan..
                        Niat untuk menderma, apakan daya hajat tak sampai...Darah Naik...







20 Mei 2012 - Pemantauan Keceriaan Bilik BOSS Sk. Getang Sempensa Hari Guru oleh
Tuan Haji Abdul Rahman Bin Bakar dan Ustaz Idris Bin Sulong Dari PPDHT
Terima kasih kerana sudi datang memantau sekolah kami..






20 Mei 2012 - Selamat Hari Lahir diucapkan Kepada Guru Besar Sk. Getang
( Azli Bin Mohd Noor ) yang menyambut Hari Lahirnya Pada 18 Mei 2012

Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.





16 Mei 2012 - Selamat Menyambut Hari Guru Kepada Semua Guru di Sk. Getang dan Kepada Semua Guru di Malaysia.

TERIMA KASIH GURU

Terima kasih guru
yang mengajarku dulu
membawaku ke ladang-ladangilmu
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum narwastu.

Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntungkesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.

Terima kasih guru jauhari
yang membugar perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga Tuhan sentiasa memberkati.

Terima kasih guru tercinta
menyahut cabaran semangat perkasa
memperkukuh iltizam membina bangsa
gelanggang pendidikan diri diperhamba
modal insan dijana dipelihara
melahirkan pemimpin memacu negara.

























































































SELAMAT BERKHIDMAT DI SEKOLAH BAHARU: