Tuesday, March 20, 2012

MAJLIS TADARUS AL-QURAN KDSR 4

20 Mac 2012 - Sekali lagi SK. Getang menjadi tuan rumah MTQ KDSR 4,Terima Kasih diucapkan kepada Penyelia Pendidikan Islam PPDHT, En.Ahmad Tajuddin Bin Mahmood yang merasmikan Majlis Penutup MTQ KDSR 4 di SK. Getang dan tahniah kepada peserta yang memenangi acara pertandingan.

Tahniah juga kepada wakil dari SK. Getang :

MOHD LUKMAN HAKIM BIN MAZLI - JOHAN BERCERITA LELAKI ( SK. GETANG )

AMINAH NAJWA AMRAN - NAIB JOHAN TILAWAH ( SK. GETANG )

Terima Kasih kepada semua yang terlibat..













Monday, March 12, 2012

PROGRAM CUTI TERANCANG

Selasa, 13 March 2012 - "Demi anak bangsaku" Kesungguhan guru-guru datang ke sekolah pada musim cuti persekolahan ini untuk menjalankan program cuti terancang









GOTONG ROYONG BERSAMA PEKERJA SWASTA

Isnin,12 Mac 2012 - Ular menyusur akar takkan hilang bisanya, walaupun hujan turun, gotong - royong keceriaan bersama pekerja swasta tetap dijalankan.







GOTONG ROYONG KSSR

Ahad, 11hb March 2012 - Walaupun di musim cuti persekolahan tetapi guru-guru masih lagi datang ke sekolah untuk bergotong - royong menyiapkan fail - fail KSSR. Berikut adalah antara guru yang hadir bergotong royong menyiapkan fail - faik KSSR Sk. Getang.






Wednesday, March 7, 2012

SBPA Dibatalkan


Perdana Menteri mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam, SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia, SSM yang ditambah baik.

Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Turut diumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi kumpulan Gred Utama C,B,A 9%, Gred Turus 3 dan 2 8% dan Gred Turus 1  dan Ketua Setiausaha Negara 7%.

Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80 hingga RM320 bagi Gred 1 hingga 54 manakala gred bagi JUSA kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Datuk Seri Mohd Najib membuat pengumuman itu pada Perhimpunan Khas Bersama Penjawat Awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Tuesday, March 6, 2012

Majlis Sukan Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2012 Di SMK. Jenagor, Kuala Berang

Semoga berjaya diucapkan kepada kontijen sukan Sk.Getang dalam Majlis Sukan peringkat Daerah Hulu Terengganu 2012 di SMK. Jenagor, Kuala Berang.



Monday, March 5, 2012

Majlis Perasmian Hari Anti Dadah 2012 Peringkat Sekolah

Sk. Getang - MajlisPerasmian Hari Anti Dadah 2012 peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Guru Besar Sk. Getang pada 19 Februari 2012. Berikut adalah gambar-gambar bacaan ikrar dan gimik perasmian pelancaran Hari Anti Dadah 2012 Sk. Getang.


SELAMAT BERKHIDMAT DI SEKOLAH BAHARU: