Perdana Menteri mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam, SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia, SSM yang ditambah baik.
Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Turut diumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi kumpulan Gred Utama C,B,A 9%, Gred Turus 3 dan 2 8% dan Gred Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara 7%.
Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80 hingga RM320 bagi Gred 1 hingga 54 manakala gred bagi JUSA kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Datuk Seri Mohd Najib membuat pengumuman itu pada Perhimpunan Khas Bersama Penjawat Awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.